Monday, June 14, 2010

Rejab...

Bile masuk je bulan Rejab, kite mesti dgr atau bace kelebihan2 bulan rejab ni..de la yg post kt FB,forward emel..tp leh caye ke?aku pn bukannya pakar dlm bab2 fadhilat ni..lebih2 lg melibatkan hadis2 atau tafsir al-quran ni..tp pe yg aku fhm n tau ade beberape hadis yg kite slalu dgr psl bulan Rejab ni adalah hadis dha'if(lemah) atau maudu`(palsu)..
Wallahualam..
antara hadis2nya:

(i) "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis dha'if.

(ii) "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis dha'if.

(iii) "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan ku (Nabi) dan Ramadhan adalah bulan umatku" - sesetengah ulama' mengatakan ia maudu'.

Kebanyakan hadis mengenai kelebihan bulan Rejab dan fadilat berpuasa padanya adalah dhaif dan maudu'. Namun xde salahnya berpuasa pada bulan Rejab. Puasa bulan Rejab dari segi pahala sama sahaja dengan puasa sunat pada hari isnin dan khamis setiap bulan. takde larangan nak tingkatkan ibadat pd bulan Rejab ni..Tp xpyh la pikirkan sangat psl fadhilat n ganjarannye..yg pntg niat ibadat tu..xgitu?

kita pun mesti ingat pada bulan Rejab lah berlakunya Israk dan Mikraj dimana Solat dari 50 waktu jd 5 waktu n kejadian Israk berakhir di Masjidl Aqsa.
Wallahualam..

Perbetulkanlah jika terdapat salah dan silap..saya hanyalah insan yg baru belajar..

Friday, June 11, 2010

Pentingkah ilmu?

Pentingkah ilmu?Soalan ni sbnrnye xpatut ditanya..Ilmu mmg pntg..Dlm AL-Quran n Hadis bnyk menceritakan tentang kelebihan org berilmu n pentingnya menuntut ilmu..Antaranya ayat pertama yang diturunkan dalam al-Quran memerintah manusia supaya
membaca yang maksudnya menuntut ilmu, sebagaimana firman Tuhan yang
bermaksud ;

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan
Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia
dengan perantaraan Qalam”.
(al-Alaq – ayat 1-4)

“Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka
yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran”.

(al-Mujadalah – ayat 11)

Tp masyarakat skang makin terpesong.Niat blaja pn kdg2 da slh..bkn sbb nak tuntut ilmu,tp nak lulus exm,de degree..
Persoalannya skang adakah taraf ilmu tu diukur melalui taraf pendidikan kita?adakah kita yg ade degree,master n setaraf mempunyai taraf yang yg lebih tinggi dari org yg hanya ada SPM je?Lg 1,pe pentingnye blaja sampai dpt degree tp menganggur?org yg blaja xtggi pun leh jd lebih berjaya(dlm konteks dunia maksudnye lbh kaya)dr org yg blaja tnggi2?

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda madsudnya;

"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk
dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,
sehinggalah ia kembali".


erm,maksudnya org yg g menuntut ilmu tu boleh dikire jihad fisabilillah kn?tp cmne ngn org yg g blaja semata2 utk lulus exm?dpt pahala gak ke diorg ni blaja?skang ni pn org yg berduit lbh dipandang tinggi berbanding org yg berilmu..pendapat n pndgn org yg popular n kaya dipandang,pendapat org berilmu disisihkan...


Sekadar persoalan untuk memperjelaskan lagi erti kehidupan di dunia ini..