Thursday, June 16, 2011

Insya Allah

Apakah yang dimaksudkan dengan Insya Allah? bilakah waktu yang sesuai kite sebut perkataan ni? mengikut fahaman aku yang tak tinggi ilmu agama, tapi faham sikit2 bahasa arab, Insya Allah bermaksud "jika Allah mengkehendaki" ataupun "dengan izin Allah".

Sekarang ni memang ramai yang salah guna atau salah fahaman perkataan Insya Allah ni.. Sebagai contoh kalau orang jemput datang kenduri.. kite ni pun cakap la "Insya Allah datang..pastu orang yang ajak tu cakap "aik,takkan Insya Allah je.tak leh kompom datang ke?"

Situasi laen plak bile ade orang jemput datang rumah atau ajak lepak tapi kite macam malas atau xnak datang pun..kite pun cakap la "Insya Allah aku datang".. kite menggunakan perkataan Insya Allah tu sebagai penyedap hati je ataupun sebagai alat untuk melepaskan diri..lepas tu bile orang tanye nape xdatang kite pun cakap "kan aku cakap dulu, Insya Allah aku datang, tp xjanji yang aku akan datang."

Aku tulis entry ni pun sebab aritu aku ade dengar hot.fm..ade la artis jemputan 2,3 orang..diorang membincangkan sape yang akan menang final champion league antara barca ngan man utd..ade la sorang artis ni cakap dengan penuh confidentnye "aku yakin man utd akan menang.ni bukan Insya Allah lagi,ni memang betul-betul man utd akan menang." lepas tu gelak2 macam orang kene rasuk.lebih kurang macam tu la ayat die..mungkin bagi die, gurauan je..ataupun die xfaham pun pe maksud Insya Allah tu..

Setiap benda yang berlaku kat dunia ni adalah ketentuan Allah s.w.t. Kalo Allah xnak sesuatu perkara tu terjadi, benda tu pun xkan terjadi.begitulah sebaliknya.. kalo kite cakap macam artis tu cakap,pe maksudnye tu..maksudnye man utd akan menang walau bukan dengan kehendak Allah??

sebagai penutup aku sertakan ayat Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 23&24..Ayat ni lah asal usulnya perkataan Insya Allah..nak tau sejarahnye, google la..

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

p/s:segala yang aku tulis ni adalah mengikut fahaman aku je,salah silap harap dibetulkan..pembelajaran didunia ini xkan berakhir...

Thursday, March 10, 2011

2 Orang Nelayan

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.

Friday, December 10, 2010

Muharram

Sumber: http://drmaza.com

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
Nasir, Kuantan.

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;



1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Tuesday, November 2, 2010

Ketika Allah Berkata Tidak

“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”
Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”

“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.”

Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”


“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”

“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!”
Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”

“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!”

Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”

“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”

“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!”
Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”

“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.”
Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”

“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku”
Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”

Credit to:

Thursday, August 19, 2010

Nafsu

Alhamdulillah.. Selesai berterawikh...mase terawikh tadi lepas abis 4rakaat,ade tazkirah plak..selalu kalo ade tazkirah,aku cabut lari..sambung kat umah..tp tadi tergerak plak aku nak dengar tazkirah..bagus gak dengar tazkirah td..

aku cerita sikit la pasal tazkirah td..berkongsi ilmu..ia berkaitan nafsu dibulan puasa..kite sume maklum bahwa dalam bulan puase ni semua syaitan dan iblis dirantai..tp kenapa ade jugak orang yang buat maksiat,buat jahat?tu semua adalah angkara nafsu..

nafsu ni ade banyak jenis..ade nafsu yang jahat dan baik..ikut pada keimanan kite la yang dapat mengawal nafsu kite..

aku masih xdapat lagi nak kawal nafsu ni..buktinye kalo ade tazkirah mase terawikh,aku cabut lari,,hahaha tapi perubahan mesti dilakukan..pelan2 kayuh..xde istilah lambat kalo kite nak berubah jadi baik..

aku mohon taufiq dan hidayah dari Allah agar menjadikan aku manusia yang lebih beriman..Amin...

p/s:nanti kite bincang tentang jenis-jenis nafsu..

Tuesday, July 27, 2010

Marah

Bosannya kat opis arini..nak wat keje pun malas..da malas wat keje,aku pun on9 je r..Tetiba jumpa cerita yang menarik perhatian aku..Aku kongsi la cerita ni untuk pedoman kita bersama khasnya untuk sape2 yang mudah marah..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada
suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu
marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi
melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun
memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari
berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya
akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh
menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah
permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan
menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang
pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Thursday, July 22, 2010

Syaaban

Syaaban..bulan ke-8 dalam kalender Hijriah.. Syaaban bermaksud bercerai-berai kerana dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Pabila masuk je bulan syaaban ini maksudnya bulan Ramadhan hampir tiba...da nak puasa da..rasanya baru je kita sambut Raya tahun lepas..haha mungkin ni la salah satu tanda hari nak kiamat..bila kita rasa cepatnya masa berlalu.
Lagi satu,masa ni la baru terhegeh-hegeh org nak ganti puasa..aku memang tak suka dengan sikap camni..aih,untung la..memang tak salah nak ganti puasa sekarang ni,tp pe salahnya jika kita ganti puasa tu awal-awal lagi..boleh la kita melakukan puasa-puasa sunat dalam bulan syaaban ni.perbanyakkan lagi pahala tu.

Rasulullah SAW berpuasa hingga kami mengatakan beliau tidak pernah berbuka, dan beliau berbuka hingga kami mengatakan bahwa beliau tidak pernah puasa. Namun Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh, kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat satu bulan yang paling banyak beliau berpuasa kecuali pada bulan Sya’ban.” (HR. Muslim)

Pada mulanya aku nak tulis tentang kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ni.Tapi banyak sangat percanggahan atau Khilaf yang terdapat tentang kelebihan ibadah dalam bulan Syaaban ni.Aku ni bukan la seorang yang hebat dalam bab ni.aku hanyalah insan yang masih belajar.So, jika sesiapa yang tahu tentang kelebihan bulan Syaaban ni dan ia merupakan dari sumber yang boleh dipercayai,bolehlah kongsi bersama.

Di sini terdapat beberapa info pasal perkara-perkara yang berlaku dalam bulan Syaaban:

(i) Pertukaran arah kiblat

Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.

Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran:

"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya".
(al-Baqarah: 144).

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.

(ii) Malam Nisfu Syaaban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)


Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

*Membaca Surah Yassin sebanyak 3kali pada malam Nisfu Syaaban tidaklah wajib.Malah tiada hadis menyatakan Rasulallah mengamalkannya. Tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara'

(iii) Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebahagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu terus menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Peringatan: Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb syaaban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Jika terdapatnya kesalahan atau percanggahan pendapat, silalah tegur secara baik.Sama-sama kita menambahkan ilmu.