Tuesday, July 6, 2010

Cincin

Erm,nape plak ngn cincin ni?Aku sebenarnye sampai sekarang masih agi tertanye2 adab2 memakai cincin ni..Dulu mase sekolah de gak dengar2 lelaki xleh pakai cincin kat jari hantu..sebab tu amalan kaum nabi Luth a.s..Wa'Allhua'lam...
Ni de info sikit pasal adab2 pemakaian cincin yang aku dapat kat alam maya ni..Salah silap tolong la betulkan..

Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah saw adalah seperti berikut:

Rasulullah saw memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang oleh Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)".

Hadith Riwayat Muslim

Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
Hadith riwatat Muslim, Abu Daud
At-Tirmizi dan An-Nasai

Tidak dijelaskan secara terperinci mengenai cincin Rasullah s.a.w. samada mengandungi batu ataupun tidak.Kalo xsalah aku ini hanyelah untuk lelaki sahaja..Tapi kalo pakai cincin emas,kat jari mane2 pun haram..Terang2 laki xleh pakai emas..So,kalo nak pakai cincin tu,niat la nak ikut sunnah..InsaAllah dapat pahala..Jangan la plak pakai cincin tu semata2 nak riak atau menunjuk2,haram la plak jadinye..Ape yg penting?Niat....

2 comments:

  1. wa pun nak kongsi hadis2 lain pasal cincin ni..

    Hadis Anas bin Malik r.a:
    Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai cincin perak. Pada cincin itu terpahat nama Muhammad Rasulullah Baginda bersabda kepada kaum Muslimin: Aku membuat cincin dari perak dan padanya aku ukirkan Muhammad Rasulullah Maka tidak ada seorang pun dapat mengukir pada ukirannya

    Hadis Anas bin Malik r.a:
    Sesungguhnya aku melihat di tangan Rasulullah s.a.w ada sebentuk cincin dari perak mungkin yang dimaksudkan dengan cincin emas. Pada suatu hari, orang ramai pun membuat cincin-cincin dari perak dan memakainya. Kemudian Rasulullah s.a.w membuang cincin baginda. Oleh itu orang ramai pun turut membuang cincin-cincin mereka

    ReplyDelete
  2. thanx bro...perkongsian hadis ini amatlah dihargai

    ReplyDelete