Thursday, June 16, 2011

Insya Allah

Apakah yang dimaksudkan dengan Insya Allah? bilakah waktu yang sesuai kite sebut perkataan ni? mengikut fahaman aku yang tak tinggi ilmu agama, tapi faham sikit2 bahasa arab, Insya Allah bermaksud "jika Allah mengkehendaki" ataupun "dengan izin Allah".

Sekarang ni memang ramai yang salah guna atau salah fahaman perkataan Insya Allah ni.. Sebagai contoh kalau orang jemput datang kenduri.. kite ni pun cakap la "Insya Allah datang..pastu orang yang ajak tu cakap "aik,takkan Insya Allah je.tak leh kompom datang ke?"

Situasi laen plak bile ade orang jemput datang rumah atau ajak lepak tapi kite macam malas atau xnak datang pun..kite pun cakap la "Insya Allah aku datang".. kite menggunakan perkataan Insya Allah tu sebagai penyedap hati je ataupun sebagai alat untuk melepaskan diri..lepas tu bile orang tanye nape xdatang kite pun cakap "kan aku cakap dulu, Insya Allah aku datang, tp xjanji yang aku akan datang."

Aku tulis entry ni pun sebab aritu aku ade dengar hot.fm..ade la artis jemputan 2,3 orang..diorang membincangkan sape yang akan menang final champion league antara barca ngan man utd..ade la sorang artis ni cakap dengan penuh confidentnye "aku yakin man utd akan menang.ni bukan Insya Allah lagi,ni memang betul-betul man utd akan menang." lepas tu gelak2 macam orang kene rasuk.lebih kurang macam tu la ayat die..mungkin bagi die, gurauan je..ataupun die xfaham pun pe maksud Insya Allah tu..

Setiap benda yang berlaku kat dunia ni adalah ketentuan Allah s.w.t. Kalo Allah xnak sesuatu perkara tu terjadi, benda tu pun xkan terjadi.begitulah sebaliknya.. kalo kite cakap macam artis tu cakap,pe maksudnye tu..maksudnye man utd akan menang walau bukan dengan kehendak Allah??

sebagai penutup aku sertakan ayat Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 23&24..Ayat ni lah asal usulnya perkataan Insya Allah..nak tau sejarahnye, google la..

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

p/s:segala yang aku tulis ni adalah mengikut fahaman aku je,salah silap harap dibetulkan..pembelajaran didunia ini xkan berakhir...

Thursday, March 10, 2011

2 Orang Nelayan

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.